Kandungan
Utama | artikel | Empayar | Info Musim ke-14

Info Musim ke-14

[ Admin ] [ 19-03-2010 ]
Salam semua... Kuang telah kembali kepada EMPAYAR setelah sekian lama Kuang membiarkan cronjob je yang control EMPAYAR... bukan apa.... nak siapkan game ke-2 BNG la... memang rumit, kompleks dan lebih detail berbanding EMPAYAR... Sekarang ni Kuang berhenti kejap buat ARMADA kerana ketandusan idea dan 'mood ARMADA' dah hilang... maybe next week sambung balik (perlahan-lahan) siapkan ARMADA...

Berbalik kepada EMPAYAR, berikut adalah sedikit info tentang tarikh-tarikh penting EMPAYAR untuk musim ke-14 :
  • Tarikh daftar : 22/03/2010
  • Tarikh enjin mula : 24/03/2010
  • Tarikh tamat : 09/05/2010

Link untuk terus ke BNG EMPAYAR -> http://www.binagara.com/empayar

Untuk musim ke-14 ni, banyak perubahan telah dibuat untuk menjadikan EMPAYAR ini lebih menarik. Berikut pula adalah perubahan yang dibuat untuk musim ke-14 ini :
  • Teknologi :
    • Sistem teknologi ini ditambahbaik atas maklumbalas daripada idea beberapa pemain BNG....terima kasih diucapkan kepada anda semua...
    • Bilangan teknologi sebanyak 50 kesemuanya sebelum ini telah ditambah kepada 60.
    • Untuk akaun pakej percuma, maksimum teknologi yang boleh dicapai adalah hingga teknologi ke 20 sahaja.
    • Untuk akaun pakej premium A, maksimum teknologi yang boleh dicapai adalah hingga teknologi ke 40.
    • Untuk musim ke-14 ni, tiada apa-apa bayaran perlu dibuat.... semua negara baru akan diset automatik sebagai akaun premium B.
    • Manual tentang teknologi akan dikemaskini paling awal pun pada 21/03/2010...(insyaAllah)



  • Penduduk :
    • Sebelum ni, semua penduduk yang layak bekerja tidak akan berkurangan atau 'mati' melainkan diserang oleh tentera musuh, tetapi
    • Bermula musim ke-14 ini, Penduduk yang diagih-agihkan pekerjaannya hanya akan berkhidmat untuk anda untuk tempoh 80 jam sahaja.
    • BNG EMPAYAR akan menamatkan perkhidmatan (mematikan secara automatik) penduduk yang telah bekerja melebihi 80 jam.

Diharapkan dengan beberapa perubahan ini, semua pemain BNG dapat bersaing yang lebih hebat  dan sengit.

Jika anda ada apa-apa idea yang lain untuk BNG ARMADA atau BNG EMPAYAR, maklumkanlah kepada Kuang melalui forum yang disediakan.

Link untuk terus ke BNG EMPAYAR -> http://www.binagara.com/empayar

Sekian, terima kasih

 
<< Kembali
 
Senarai Web BNG
Komuniti Bloggers Pemain BiNaGara
Belajar PHP dan bina laman web ikut cara Kuang