Kandungan
Utama | artikel | Armada | Status Minggu ke-14

Status Minggu ke-14

[ Admin ] [ 25-02-2010 ]
Assalamualaikum.... sorry la geng pasal dah lama tak bagi info pasal status projek Armada ni...
bukan apa...sibuk ngan urusan keluarga n menyiapkan projek Armada ni...

Kalau ikut perancangan, projek Armada ni tinggal 5% je nak disiapkan... tapi skarang rasanya baru siap 80%....  antara sebabnya, anak sulung aku lahir pada 21/1/10 lepas... syok punya pasal, 2,3 minggu aku tak usik laptop... sedar2 je, penuh habuk kat laptop aku...
pastu aku ni jenis buat keje 10 minit, pastu rehat 30 minit....pastu sambung balik... kalau 1 modul tu dah siap, 1 hari aku cuti... maklum la... projek peribadi la katekan... takde sapa2 push...modal pon takde ambek dari sapa2...so, mood nak siapkan cepat tu takde la untuk projek ni.... heheheh

Ada banyak benda baru yang aku belajar sepanjang menyiapkan projek ni... antaranya kepentingan smarty pada masa depan.... cakephp....yii framework...dan sistem pengurusan maklumat (berkaitan BNG) yang lebih cekap dan teratur.... korang kalau nak buat website, paling cikai pon, guna la smarty... agak2 nak mencabar lagi, guna la cakephp... senang untuk masa hadapan.... aku dapat tau, MySQL telah dibeli oleh company ORACLE.... tak tau la kesahihan berita ni... tapi kalau betul, aku pasti satu hari nanti MySQL dah tak free dah... so, kalau guna cakephp, nanti takde la payah sangat nak tukar kepada jenis database yang lain...

Berbalik pada Armada, antara modul yang aku dah siapkan adalah modul:
  • Rakyat
  • Pembangunan
  • Kawasan
  • Diplomatik, dan
  • Ekonomi
Modul yang dalam proses nak disiapkan adalah modul KETENTERAAN... modul utama dalam projek Armada ni.... dah siap je modul ni, aku akan siapkan enjin die pulak... kalau Empayar guna 1 enjin je untuk dihidupkan...tapi Armada ni aku buat lebih kurang 3 atau 5 enjin... sebab skop game ni besar... dan besar kemungkinan Armada ni terpaksa ditutup selama 2 minit pada tiap-tiap jam untuk menhidupkan enjin ni.... tu la kekurangan Armada buat masa ni....

so, itu je la yang dapat disampaikan dulu buat minggu ni... insyaAllah aku akan bagi info terkini pada minggu depan...tapi tak janji.... heheh...

bye....Assalamualaikum

 
 
<< Kembali
 
Senarai Web BNG
Empayar : Kuasa Pemerintahan Anda
Armada :: Revolusi Empayar
Binagara :: Sebenar-benar negara