Kandungan
Utama | artikel | Armada | Status Minggu ke-2

Status Minggu ke-2

[ Admin ] [ 08-12-2009 ]
Hari ni Kuang nak laporkan sedikit info tentang projek BNG-Armada untuk minggu ke-2. Banyak benda sebenarnya dah berlaku sepanjang dua minggu ni tapi takpe la, Kuang anggap semua tu dugaan...

Interface dah pon Kuang dapat...design sendiri je... kali ni Kuang guna interface yang cerah la pulak. Berbanding dengan BNG-Empayar, kali ni nak tampilkan sesuatu yang kontra pulak. Ramai bagi cadangan suruh buat macam game travian dan lain2 yang seumpama dengannya. Tapi minta maaf lah geng... Kuang tak pandai lagi nak sampai ke tahap travian tu... Kuang cuma boleh buat teks sahaja. Sebab tu Kuang masukkan BNG ni dalam kategori game 'text-based Game'...atau Permainan Berasaskan TEKS... nanti la...agak2 ada income, Kuang akan belajar ajax dan Flash supaya BNG dapat jadi macam travian.

Berkenaan dengan programming pulak, dulu Kuang kata ARMADA ni campuran CMSAD dan enjin EMPAYAR je kan...tapi kali ni ada pertambahan pulak... selama 1 minggu lepas, Kuang belajar sendiri-sendiri tentang platform Smarty PHP... dan Kuang pon skang ni involve dalam projek shopping cart yang menggunakan smarty PHP ni, so Kuang decide nak masukkan smarty PHP ke dalam BNG-ARMADA.... agak payah...tapi ok la...senang nak ubah2 nanti...
so, skarang ni sistem BNG-ARMADA adalah hasil campuran kod CMSAD, enjin ARMADA dan platform Smarty.... pergh...macam gempak je bunyiknye... tapi Kuang pasti bile user dah cecah 100 orang je, confirm BNG-ARMADA akan down....hahaha....macam sektor-7 dulu la...cecah 300 je, down terus.... insyaAllah, ada duit dan trafik tinggi nanti, Kuang akan try sewa dedicated server plak...

Insiden 3 hari lepas plak membuatkan Kuang rasa macam nak mengamuk....sebabnye.... windows corrupt...gara-gara nak sangat main game lama...last2 ada fail daripada game tu menyebabkan fail windows corrupt...tension betul... pastu g kedai...2,3 kali gak la kene ulang-alik ke kedai cd tu... sebab semua cd die hampeh...takleh gune...siot tol... bayang kan la dari Kuang ke The Store, Sg Buloh...naik kete...merugikan minyak kete je... last2 g beli kat kedai lain...dalam The Store tu jugak...baru OK....  4 hari projek terbengkalai....adus...rugi2...
ni nak kene kejar balik dateline projek ni... kene la korban masa keluarga untuk kejar dateline....huhuhu...kesian isteriku dan anak yang bakal lahir nanti....heheh

jadi, itulah saja report ringkas untuk minggu kedua pembangunan ARMADA kepada anda... minggu ni nak start buat modul RAKYAT....dan lain2...

Sekian, assalamualaikum
 
<< Kembali
 
Senarai Web BNG
Empayar : Kuasa Pemerintahan Anda
Armada :: Revolusi Empayar
Binagara :: Sebenar-benar negara