Kandungan
Utama | artikel | Armada | Langkah Pertama

Langkah Pertama

[ Admin ] [ 25-11-2009 ]
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dalam artikel kali ini, Kuang akan memberikan informasi pertama tentang projek BiNaGara :: ARMADA. Secara kasarnya, pelan perancangan telahpun berjaya disiapkan dalam masa dua minggu. Walaubagaimanapun, dalam proses mengimplimentasikannya nanti, mungkin akan ada sedikit perubahan. Biasalah, tengah-tengah buat coding nanti, mesti idea baru datang secara tiba-tiba nanti.

Untuk projek ARMADA ni, Kuang menjangkakan akan siap dalam tempoh 3-4 bulan daripada sekarang. Hm...lama skit la geng... sebab isteri Kuang dijangka akan melahirkan anak sulong kami pada hujung bulan Januari 2010 nanti. So, mestilah kena bagi tumpuan kat anak kan. Hm.. berbalik pula kepada ARMADA, Kuang akan menggunakan CMS  Kuang sendiri iaitu PKCMS untuk laman aplikasi ARMADA dan dicampurkan sedikit dengan enjin BNG::EMPAYAR untuk 'menghidupkan' game ARMADA ni.

Kos untuk menyiapkan ARMADA ni pula secara kasarnya dianggarkan mencecah kira-kira RM15,000 - RM20,000. Kos untuk menyiapkan sahaja ni tau, belum hosting dan lain-lain lagi. Kuang rasa kene sewa dedicated server untuk ARMADA ni sebab skop projeknya lebih besar daripada EMPAYAR. Aduhai...mane plak nak carik duit ni... Tapi takpe lah...dah siap nanti, agaknye boleh cecah harga RM100,000 kot...hohoho... ada hati nak jual ARMADA plak Kuang ni... Hm...tapi kalau ada sapa2 nak melabur dalam projek ni, boleh la call Kuang untuk kita bincang lebih detail. Cewah...nak jadi businessman plak dah...

So, nanti bila dah siap dan dah diujilari, mungkin Kuang kenakan sedikit caj bayaran untuk cover balik kos menyiapkan ARMADA ni. Korang jangan la marah2 plak eh... harap korang paham. untuk ARMADA ni jugak, Kuang nak jadikannya produk yang boleh dibuat duit. Kuang nak banyakkan lagi projek permainan berasaskan teks BNG. so, banyak la masa untuk kita online bersama nanti... heheheh...

Secara kasarnya lagi, ini adalah sedikit ringkasan yang boleh Kuang bagi tentang perjalanan projek ARMADA sehingga hari ini:
  • projek ARMADA secara rasminya dilancarkan
  • pelan perancangan telah 95% siap
  • mengenalpasti masalah dan kekangan

Hm.. rasenya sampai sini je la dulu perkembangan terkini tentang ARMADA untuk semua. Kuang beransur dulu dan akan kembali dengan perkembangan terkini. Kalau korang ada apa-apa cadangan untuk ARMADA ni, boleh la sampaikan cadangan tersebut dalam forum sini ataupun emelkan ke mohdzuhaidi@gmail.com atau taiko_binagara@yahoo.com .

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum

 
<< Kembali
 
Senarai Web BNG
Empayar : Kuasa Pemerintahan Anda
Armada :: Revolusi Empayar
Binagara :: Sebenar-benar negara