Kandungan
Utama | artikel | Umum | Majlis Berbuka Puasa 5/9/2009

Majlis Berbuka Puasa 5/9/2009

[ Admin ] [ 08-09-2009 ]
Pada 5hb September lepas, Sekumpulan pemerintah agung negara BNG telah mengadakan program berbuka puasa bersama-sama di Gombak, Selangor. Program berbuka puasa ini telah diaturkan oleh Abg Beca dan Jerry (pilih port buka puasa).

Selain daripada Abg Beca dan Jerry, program yang diatur secara tiba-tiba ini telah dihadiri oleh Kuang, Awalok, Upha, Semut Malaya (dan pasangannya), Naz (dan pasangannya), dan Kyo (dan pasangannya).

Kami semua berkumpul di kedai makan Aramah yang dipilih Jerry pada jam 6.30 ptg. Naz lah yang paling jauh skali kot datang ke program ni sebab die dari Seremban dan katanya dia bertolak dari rumah pada jam 4 ptg lagi. Dia datang ngan isteri dia je. Anak tak bawak.
Kyo plak datang ngan anak n isterinya. Kesian plak Kyo hari tu. Kena layan anak dia dulu. Menangis tak henti2. Last2 dapat main bunga api, terus OK.. tapi makan kene gilir2 ngan isteri die. kang tak pasal2 anak die nangis balik kang.

Semut Malaya plak datang ngan pasangan die. Jerry datang ngan tunang dia... eh... boleh citer ke ni jerry??... tak kantoi ngan sapa2 ke ni? heheh.... Abg beca datang ngan isteri n anaknya yang peramah. cewah...

Upha dah lama aku tak jumpa... last masa kenduri kawin aku... die datang dengan ayah die beb.... heheh.... awalok dah jumpa dah tahun lepas... masa gathering ngan jerry n baldi n lain2.....

Kuang? datang sorang je ke? heheh... ha'ah... sorang je... isteri tak larat nak jalan jauh... ibu mengandung kene duduk rumah je... safety first... 5 bulan dah mengandung...

Kitorang semua makan hidang... Nasi putih ngan lauk ikan kukus, ikan 3 rasa, sayur kailan, tom yam dan kuih muih... kene kongsi2... sorang RM18... ok la tu

Abis makan, kitorang borak2 jap... Kuzie poyo je... cakap nak datang konon.... cet...podah...
Kalau sapa2 nak tau, Semut Malaya ni doktor... pergh.... tak sangka betul.... ada jugak masa die main BNG ni ek...

Apa-apa pon, terima kasih diucapkan kepada Abg Beca kerana sudi mengatur program berbuka puasa ni dan terima kasih juga kepada Jerry yang memilih kedai makan yang best.
Yang datang hari tu, terima kasih juga diucapkan di atas kesudian menghadirkan diri walaupun lokasi agak jauh dari tempat kalian.

InsyaAllah, aku akan aturkan program untuk kita semua dapat kumpul sama2 pada masa akan datang... harap2 Wawa dapat join.... heheh...

Sekian sahaja laporan aku yang tak seberapa ni.... gambar? nanti aku upload...yang aku ambek tak cantik a... heheh

Sekian,  Assalamualaikum
 
<< Kembali
 
Senarai Web BNG
Komuniti Bloggers Pemain BiNaGara
Belajar PHP dan bina laman web ikut cara Kuang