Kandungan
Utama | artikel | Umum | Empayar

Empayar

[ Admin ] [ 19-01-2009 ]
BNG sekali lagi mengalami proses perubahan antaramuka setelah ramai pemain meminta versi terdahulu iaitu versi revo dikembalikan sebab antaramuka yang cerah tidak bersesuaian dengan mood permainan. 

Dengan mengubahsuai sedikit antaramuka Revo dan diperkemaskan lagi agar nampak lebih canggih, akhirnya lahirlah EMPAYAR. Empayar adalah Versi BNG yang paling terkini dan paling mentensionkan. Biasalah tu kan... "rasakan tekanannya"...

Kuang telah mengambil keputusan untuk menjadikan EMPAYAR adalah sebagai Sub-permainan bagi BiNaGara. Lepas ni tidak akan ada versi terbaru selepas EMPAYAR tetapi yang akan wujud adalah sub-permainan yang baru untuk BiNaGara.

Kuang dalam proses menyiapkan satu lagi projek sub-permainan baru untuk BiNaGara yang akan diberi nama ARMADA yang mana corak permainannya lebih kurang sama dengan EMPAYAR iaitu Bina, Lawan dan Tawan.

BINAGARA akan menjadi himpunan permainan online versi Malaysia yang bercorakkan permainan Bina Negara yang dihasilkan sendiri oleh Kuang dan sekutu-sekutunya.
 
<< Kembali
 
Senarai Web BNG
Komuniti Bloggers Pemain BiNaGara
Belajar PHP dan bina laman web ikut cara Kuang